Michelin dilantik sebagai “rakan teknologi tayar rasmi”

1179

Michelin dilantik sebagai “rakan teknologi tayar rasmi” untuk francais Gran Turismo syarikat Playstation, iaitu permainan (simulator) pemanduan terbaik dan paling realistik.

Di bawah perjanjian beberapa tahun itu, Michelin juga akan menjadi “pembekal tayar rasmi” dalam FIA Gran Turismo Championship, dengan tayar Michelin ditampilkan dalam acara live World Tour permainan itu. Sama lah seperti pembekal tayar perlumbaan sebenar, cuma ini di alam maya.



Hubungan ini juga akan meningkatkan kehadiran Michelin melalui kandungan yang boleh dimuat-turun dalam Gran Turismo Sport yang boleh mula didapati pada Oktober nanti.

Antara perkara yang boleh dimuat-turun sekiranya Michelin dilantik sebagai “rakan teknologi tayar rasmi” adalah:

  • Seksyen Michelin baharu dalam muzium maya Gran Turismo Sport “Brand Central”, yang membawa pemain ke sejarah Michelin dalam sukan permotoran, prestasi dan inovasi
  • Teknologi tayar oleh Michelin dalam seksyen Tuning, dimana pemain boleh memilih keras, sederhana dan lembut
  • Elemen dan scenografi jenama Michelin dari acara dan lokasi sukan permotoran tersohor dunia

Melalui siri-siri perlumbaan seperti FIA World Endurance Championship, FIA World Rally Championship dan FIA Formula E, Michelin menggunakan sukan permotoran sebagai ‘makmal’ untuk mengumpul banyak data dunia-sebenar yang memacu model dan simulator untuk pembangunan tayar.

Teknologi tayar yang terbukti di litar kemudiannya dipindah ke kenderaan prestasi seperti dalam skrin di Gran Turismo.

Michelin akan berkongsi pengetahuan ini secara terbuka dengan Sony untuk pembangunan bersama mereka. Ini disasarkan untuk memberikan pemain Gran Turismo satu dimensi baru dalam strategi dan pertandingan yang berkaitan dengan pemilihan dan prestasi tayar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here