Utama Berita Automotif Michelin lancar kempen beli tayar, menang hingga RM4,000 sempena Tahun Baru Cina,...

Michelin lancar kempen beli tayar, menang hingga RM4,000 sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya

7

Bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya yang bakal tiba, Michelin Malaysia mengumumkan harga promosi istimewa untuk rangkaian produk tayar Michelin di Malaysia.

Bermula sekarang sehingga 31 Mac 2026, pelanggan boleh menikmati harga promosi untuk saiz tayar popular (15-19 inci ke atas) untuk produk tayar seperti berikut:

Michelin Energy XM2+
Michelin Primacy 5
Michelin Primacy SUV+
Michelin Pilot Sport 5
Michelin LTX Trail ST

Selain itu, terdapat juga kempen Pulangan Tunai ‘Double Happiness’ di mana pelanggan yang membeli minimum dua unit tayar Michelin terpilih sepanjang tempoh kempen, secara automatik mendapat pulangan tunai e-Dompet berdasarkan saiz tayar seperti berikut:

15-16 inci: Pulangan tunai sehingga RM30 untuk dua tayar, atau RM60 untuk empat tayar

17-18 inci: Pulangan tunai sehingga RM60 untuk dua tayar, atau RM120 untuk empat tayar

19 inci ke atas: Pulangan tunai sehingga RM100 untuk dua tayar, atau RM200 untuk empat tayar.

Pelanggan berpeluang memenangi ganjaran pulangan tunai sehingga RM4,000 menerusi peraduan mingguan.

Untuk menyertai, pelanggan perlu menjawab satu soalan mudah melalui laman mikro kempen ‘Double Happiness’ dan menghantar bukti pembelian.

Seramai 10 pemenang akan diumumkan setiap minggu sepanjang tempoh kempen.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi https://www.michelin.com.my/promotions.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here