
Nissan Sentra generasi ke-9 telah pun diperkenalkan pada tahun lepas, membawakan perubahan dari segi rekaan walaupun ia masih kekal dengan platform model terdahulu.
Ia juga dilapor mengekalkan enjin 4-silinder MR20DD 2.0 liter menghasilkan 149 hp dan 198 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.
Nampak cantik tapi sedikit bosan.
Jadi, sebuah pengedar Nissan di Amerika Syarikat, iaitu Pinnacle Nissan of Scottsdale Arizona mahu menawarkan varian istimewa yang diinspirasikan daripada NISMO, dikenali sebagai Sentra SE RS (Special Edition Rally Sport).
View this post on Instagram
Kit badan ini tidak dihasilkan secara rasmi oleh NISMO, akan tetapi dibangunkan sendiri sebagai satu cara untuk meraikan budaya prestasi Nissan dan mempromosikan komponen tulen NISMO.
Mereka juga mahu menghidupkan semula semangat penala era 2000-an yang menawarkan pakej prestasi yang lebih mampu milik.
Antara ciri yang bakal ditawarkan termasuklah sistem ekzos cat-back, suspensi coil-over, rim yang ringan, serta kemasan grafik perlumbaan dan aksen istimewa di bahagian kabin.
Nissan Sentra SE RS ini akan mula dijual pada bulan depan.





























