Nissan Z Nismo versi manual bakal muncul di TAS 2026

4

Ketika Nissan memperkenalkan Z generasi baharu pada tahun 2023, ia pada mulanya tidak hadir dalam versi Nismo.

Kemudian, setelah Z Nismo diperkenalkan, ia hanya ditawarkan dalam versi automatik 9-kelajuan sahaja.

Lebih daripada tiga tahun selepas dilancarkan, Nissan akhirnya sudi menawarkan Z Nismo dengan pilihan transmisi manual.

Nissan Z Nismo MT ini akan muncul secara rasmi di acara pameran Tokyo Auto Salon 2026.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Nissan Z Nismo MT ini merupakan versi pemanduan sebelah kanan yang menampilkan tombol gear manual enam nisbah kelajuan.

Selain daripada itu, Nissan juga merancang untuk memperkenalkan kemas kini bagi model Fairlady Z yang akan tiba pada musim panas tahun depan, membawakan penggayaan baharu serta prestasi aerodinamik yang dipertingkatkan.

Nissan Fairlady Z kini dikuasakan oleh enjin bentangan V6 3.0 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 400 hp dan 475 Nm, sementara versi Nismo pula mampu menjana kuasa setinggi 420 hp dan 521 Nm.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here