Inilah peluang untuk anda miliki Crighton CR700W, motosikal berenjin rotari 220 hp!

5

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kewujudan motosikal berenjin rotari, iaitu Crighton CR700W yang dibangunkan oleh pelumba lagenda Brian Crighton.

Jentera untuk kegunaan litar ini dilengkapi dengan enjin rotari berkembar 690 cc dengan hamburan kuasa 200 hp dan 142 Nm itu bakal dilelong dengan harga bermula dari £154,495 (RM842,877).

CR700W ini menampilkan kerangka Spondon yang disokong lengan ayun aloi aluminium siri 7000, serta tetapan suspensi Ohlins/Bitubo depan dan belakang.

Jentera ini turut bergantung kepada sistem brek monoblok Brembo depan dan belakang, serta tayar slik Michelin Superbike khusus untuk kegunaan track day.

Akhir sekali, ciri bantuan elektronik turut tersedia seperti kawalan cengkaman, penukaran gear pantas, auto-blipper, kawalan wheelie serta cornering ABS.

Hanya 25 unit sahaja Crighton CR700W yang sempat diprodusikan, dan ini merupakan unit bernombor 15.

Untuk info, ketika masih baru Crighton CR700W ini memiliki tanda harga sekitar £95,000 (RM518,290) sahaja.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here