#JMS 2025: Mazda VISION X-COUPE, crossover coupe PHEV turbo dengan jarak 800 km!

7

Mazda memperkenalkan dua model konsep iaitu MAZDA VISION X-COUPE dan MAZDA VISION X-COMPACT di Japan Mobility Show 2025. 

MAZDA VISION X-COUPE ditawarkan sebagai model crossover coupe yang membawa evolusi falsafah reka bentuk KODO–Soul of Motion.

Sekali pandang, model ini ibarat evolusi kepada Mazda3 hatchback yang anggun.

Dari segi kuasa, ia dilengkapi sistem hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin turbo dua rotor dengan motor elektrik dan bateri.

VISION X-COUPE menjana kuasa maksimum setinggi 510 ps dengan jarak pemanduan sehingga 160 km (mod elektrik) dan 800 km (enjin dan motor).

Menariknya, Mazda turut mempamerkan usaha kelestarian alam sekitar menerusi model ini.

Ia direka untuk menyumbang kepada pengurangan CO2 atmosfera melalui penggunaan bahan api neutral-karbon yang diekstrak daripada mikroalga, bersama dengan teknologi penangkapan CO2 ciptaan Mazda, iaitu Mazda Mobile Carbon Capture.

MAZDA VISION X-COMPACT pula direka untuk mengukuhkan lagi hubungan emosi antara pemandu dan kenderaan.

Jika X-COUPE seperti Mazda3 Hatchback, X-COMPACT pula kelihatan seperti Mazda2 baharu.

Model ini mencapai matlamat tersebut melalui gabungan model digital deria manusia dan kecerdasan buatan (AI) berempati.

VISION X-COMPACT berfungsi seperti teman rapat, yang mampu berinteraksi melalui perbualan semula jadi dan berupaya mencadangkan destinasi.

Model ini merupakan visi Mazda terhadap masa depan mobiliti pintar, di mana kenderaan dan pengguna menjalin hubungan emosi yang mendalam, serupa dengan persahabatan.

MAZDA VISION X-COUPE

  • Panjang Keseluruhan: 5,050 mm
  • Lebar Keseluruhan: 1,995 mm
  • Ketinggian Keseluruhan: 1,480 mm
  • Jarak Roda: 3,080 mm

MAZDA VISION X-COMPACT

  • Panjang Keseluruhan: 3,825 mm
  • Lebar Keseluruhan: 1,795 mm
  • Ketinggian Keseluruhan: 1,470 mm
  • Jarak Roda: 2,515 mm

Mazda VISION X-COUPE:

MAZDA VISION X-COMPACT:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here