Utama Berita Automotif GIIAS2026 : Mazda 6e Fastback debut di Indonesia

GIIAS2026 : Mazda 6e Fastback debut di Indonesia

7

PT Eurokars Motor Indonesia (EMI) rasmi memperkenalkan tiga model baharu pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2026 yang sedang berlangsung sehingga 9 Ogos depan.

Ketiga-tiga model tersebut dipasarkan pada harga :

  • Mazda 6e Fastback : IDR 850,000,000 (RM192,310)
  • Mazda CX-30 : IDR499,000,000 (RM112,897)
  • Mazda CX-5 : IDR599,000,000 (RM135,522)

Pelancaran berkenaan dilakukan sehari selepas Mazda merasmikan kilang pemasangan pertamanya di Citeureup, Jawa Barat yang menjadi sebahagian dari strategi perusahaan meningkatkan operasi dan pelaburan di Indonesia.

Mazda menjelaskan, generasi terbaru CX-5 hadir sebagai SUV global yang menggunakan bahasa rekaan KODO serta tetap mempertahankan filosofi Jinba-Ittai. Ia didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Sport Edition dan Kuro Edition pada harga IDR 689,900,000 (RM156,088)

Sementara itu, CX-30 menjadi model Mazda pertama yang dipasang tempatan (CKD) di Indonesia sekaligus ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif.

Manakala 6e Fastback menjadi kenderaan elektrik terbaru Mazda yang dipasarkan di Indonesia, setelah MX-30 EV sekaligus menjadi langkah syarikat menuju era elektrifikasi. Model tersebut juga menerima penghargaan World Car Design of the Year (2026).

6e dibina berasaskan platform EPA1 milik Changan dan kedua-duanya mempunyai hubungan reka bentuk yang sangat rapat dengan sedan Deepal SL03 dan L07.

Mazda 6e Fastback pasaran Indonesia didatangkan dengan bateri lithium-ion 77.94 kWh dengan jarak tempuh sejauh 560 km (WLTP) dalam satu cas penuh.

Jentera ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 190 kW (258 PS) bersama tork puncak 290Nm. 

Ia menyokong pengecasan pantas (DC) dari 10 ke 80 peratus dalam masa 24 minit, manakala pengecasan rumah dan awam (AC 1-Fasa 7.2kW) mengambil masa 11 jam 8 minit untuk cas penuh 0 hingga 100 peratus.

Model ini menampilkan reka bentuk segak dengan ukuran dimensi panjang 4,921 mm diikuti, lebar (1,890 mm), tinggi (1,491 mm) dan jarak roda (2,895 mm). 

Bagi menjamin kestabilan pengendalian di atas jalan raya, ia menggunakan sistem stereng bantuan kuasa dengan radius pusingan 5.6 meter.

Aspek cengkaman diserahkan kepada tayar berukuran 245/45 bersama rim 19 x 8j. Keselamatan membrek diserahkan kepada brek cakera ventilasi di bahagian hadapan dengan diameter 310 mm dan di belakang bersaiz 306 mm serta sokongan suspensi topang MacPherson (depan) dan multi-link (belakang).

Masuk ke kabin, 6e dipadankan dengan skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci TFT bersama sistem audio Sony dengan 14 pembesar suara serta navigasi binaan dalam.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah ketersambungan telefon pintar, paparan head up, kluster meter 10.2 inci, kemasan kulit pada stereng dan kerusi serta tiga mod pemanduan (Sport, Comfort , Individual).

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here