Mazda Mobile Carbon Capture – Teknologi tangkap karbon dari ekzos!

4

Mazda sekali lagi menjadi tumpuan utama dalam industri automotif, bukan sahaja dengan rekaan futuristik tetapi juga melalui demonstrasi teknologi yang memfokuskan kepada kelestarian.

Pendekatan pelbagai penyelesaian syarikat dalam mengurangkan emisi karbon diserlahkan melalui konsep terbaharu dan teknologi Penangkapan Karbon Mudah Alih Mazda (Mazda Mobile Carbon Capture).

Konsep Vision X-Coupe dan Kuasa Pelbagai Penyelesaian

Di Pameran Mobiliti Jepun baru-baru ini, Mazda Vision X-Coupe menawan pengunjung dengan evolusi bahasa reka bentuk Kodo-Soul of Motion.

Di sebalik penampilan tersebut, model ini berfungsi sebagai platform demonstrasi teknologi penting:

  • Sistem Hibrid Plug-in: Dikuasakan oleh sistem hibrid plug-in yang menggabungkan enjin turbo rotari dua rotor dengan motor elektrik dan bateri.

  • Prestasi dan Jarak Pemanduan: Sistem ini menghasilkan output sebanyak 510 ps. Jarak pemanduan dalam mod motor elektrik sahaja mencapai 160 km, dan apabila beroperasi bersama enjin, ia mampu mencapai jarak sehingga 800 km.

  • Neutraliti Karbon Berganda: Model ini direka untuk mengurangkan CO2 atmosfera dengan menggabungkan bahan api neutral karbon yang diperoleh daripada mikroalga dengan teknologi Penangkapan CO2 Mudah Alih Mazda (Mazda Mobile Carbon Capture).

Teknologi Penangkapan Karbon Mudah Alih Mazda

Teknologi ini merupakan sistem yang mengumpul CO2 secara langsung daripada gas ekzos kenderaan, bukannya daripada udara sekeliling, kerana kepekatan CO2 di dalam ekzos adalah lebih tinggi, menjadikannya lebih efisien untuk ditangkap.

  • Mekanisme Penangkapan: Kajian telah mengesahkan bahawa CO2 boleh dipisahkan daripada gas ekzos menggunakan penyerap CO2 yang diperbuat daripada mineral berliang, Zeolite.
  • Visi Kitaran Semula: CO2 yang berjaya ditangkap boleh digunakan semula untuk pelbagai tujuan, termasuk menggalakkan pertumbuhan tanaman atau mencipta bahan karbon berprestasi tinggi.

Ujian Ketahanan dalam Siri Perlumbaan Super Taikyu

Bagi memastikan keberkesanan teknologi ini dalam persekitaran yang paling ekstrem, Mazda sedang menguji sistem penangkapan karbon dengan memasangnya pada kereta lumba Mazda Spirit Racing Mazda3 yang menggunakan bahan api biodiesel.

Kereta ini bersaing dalam siri Perlumbaan Ketahanan Super Taikyu di Jepun.

  • Demonstrasi Fungsi Sebenar: Dalam perlumbaan ketahanan selama empat jam pada pusingan ketujuh siri 2025 di Litar Antarabangsa Fuji, peranti penangkapan karbon baharu Mazda telah berjaya menunjukkan fungsinya dalam situassi sebenar.

  • Penyerapan di bawah Cabaran: Ujian pertama ini berjaya menunjukkan bahawa peranti tersebut mampu menjerap CO2 dalam gas ekzos di bawah keadaan sukan permotoran yang mencabar.

Mazda akan meneruskan pengujian teknologi ini dalam siri Super Taikyu tahun hadapan untuk meningkatkan kadar pemulihan CO2.

Walaupun tarikh pelancaran pasaran masih belum ditetapkan, Mazda tekad untuk membawa visi ini kepada realiti, dengan tumpuan berterusan terhadap pengesahan teknikal, penilaian perniagaan dan kerjasama strategik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here