Berapa bayaran bulanan Perodua Traz? Kami kirakan untuk anda…

8

Perodua Traz dilancarkan ke pasaran tempatan menerusi dua pilihan varian pada harga bermula dari RM76,100.

Kembar kepada Toyota Yaris Cross itu didatangkan dengan pilihan enjin 1.5 liter 2NR-VE DOHC 4-silinder berkuasa 78kW @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm bersama transmisi D-CVT. 

Bagi anda yang ingin menyerlahkan penampilan Traz, Perodua turut menawarkan 14 pilihan aksesori Gear Up antaranya : 

  • Kit Badan (bampar depan bersama lampu, skirting sisi, kit bampar belakang) : RM2,700
  • Pakej Elevate (kemasan gril depan, spoiler, pelindung cermin sisi) : RM900
  • Pakej Illuminasi (lampu lantai RGB, plat sisi RGB) : RM580
  • Pakej Utiliti (visor pintu, pelapik but, karpet koil) : RM510
  • Kemasan kerusi ‘Nappa Leatherette’ : RM1,200
  • Pengecas telefon tanpa wayar : RM350
  • Insulator hud : RM110

Selain itu, aksesori yang ditawarkan dalam pakej berkenaan turut boleh ditempah secara berasingan. 

Berminat memiliki SUV segmen-B ini?..di bawah kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan Traz yang didapati dari laman web Perodua. 

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama lima, tujuh dan sembilan tahun dengan kadar faedah tiga peratus serta deposit 10 peratus. 

VARIAN H (RM81,100)

Bagi varian tertinggi H didatangkan dengan dua pilihan warna badan iaitu solid dan dua tona warna. Pelanggan yang memilih warna badan dua rona metalik perlu menambah RM900.

Justeru itu harga bagi varian H dengan dua roda warna adalah RM82,000 manakala pilihan warna solid/metalik dijual pada harga RM81,100.

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM868 (2 tone) | RM858 (solid)
  • 7-tahun : RM1,063 (2 tone) | RM1,051 (solid)
  • 5-tahun: RM1,415 (2 tone) | RM1,399 (solid)

VARIAN X (RM76,100)

Manakala varian terendah X pula dijual pada harga RM76,100 dengan pilihan warna solid sahaja.

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM805
  • 7-tahun : RM987
  • 5-tahun: RM1,313

Lebih panjang tempoh pinjaman menyumbang kepada ansuran bulanan yang rendah tetapi jumlah faedah yang dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih tinggi.

Tempoh pinjaman lebih pendek (misalnya 5-tahun) menyumbang kepada bayaran bulanan yang lebih tinggi, tetapi jumlah faedah lebih rendah. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here