Pengganti GT-R, Nissan Z GT500 bukti kemampuan di litar

719

Nissan Z GT500 serba baharu yang dilancarkan di Litar Antarabangsa Fuji Speedway tahun lalu membuktikan taringnya di trek perlumbaan.

Selepas berkhidmat 13 tahun, GT-R dihentikan dari perlumbaan Super GT lalu digantikan dengan Z GT500 bermula musim tahun ini.



Menurut Motorsport.com, pasukan lumba NISMO mencatatkan lebih 300kmj pada sesi ujian di Litar Antarabangsa Fuji Speedway sebagai persediaan untuk perlumbaan di Super GT Jepun.

Nissan Z GT500 baharu menampilkan reka bentuk badan rendah dan kelajuan kereta sport itu lebih tinggi berbanding GT-R R35.

Enjin itu dikatakan mampu menghasilkan kuasa 650hp, iaitu peningkatan 250hp berbanding model Z standard walaupun sesaran lebih rendah 1.0 liter.

Nissan Z sentiasa menjadi pesaing hebat dalam dunia perlumbaan sejak model generasi pertama, namun peraturan berubah berdasarkan undang-undang regulasi FIA Class 1 yang hanya membenarkan penggunaan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder.

Quintarelli yang merupakan pelumba berharap bahawa Z baharu akan menamatkan “mimpi ngeri” perlumbaan yang kompetitif di Fuji.

“Saya tidak pasti kita boleh mengatakan kita berada di depan. Tetapi ia tidak seperti dua tahun lepas, di mana kami tidak mempunyai peluang,” kata Quintarelli. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here