Di UK kanak-kanak seawal 10 tahun boleh pandu supercar

1027

Kanak-kanak seawal sepuluh tahun kini boleh merasai keseronokan memandu kereta supercar seperti Ferrari dan Lamborghini yang berkelajuan melebihi 200kmj.

Pengalaman itu boleh dirasai menerusi Supercar Platinum Junior TrackDays.co.uk yang menawarkan peluang kepada kanak-kanak seawal 10 sehingga 17 tahun untuk memandu sejauh 10km di sekitar litar lumba dengan pengawasan penuh.



Selain Ferrari dan Lamborghini, jentera lain yang turut disediakan antaranya Aston Martin, Mclaren dan Jaguar, Porsche dan Nissan.

Ferrari 458 Italia yang menggunakan enjin V8 boleh menghasilkan kuasa sehingga 562hp dan boleh memecut dari 0-100kmj dalam 3.4 saat. Manakala, Lamborghini LP570 Performante yang dikuasakan oleh enjin V10 mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 3.9 saat.

Yuran kemasukan pound sterling 79.00 (RM435) membolehkan peserta menikmati pengalaman Supercar Platinum Junior di 10 lokasi seluruh United Kingdom, termasuk Litar Anglesey Wales Utara seperti yang ditayangkan di rancangan TV Fifth Gear, dan Taman Dunsfold di Surrey.

“Kami sangat teruja untuk dapat membawa pengalaman ini kepada kanak-kanak yang mungkin tidak pernah membayangkan bahawa mereka akhirnya boleh memandu kereta idaman mereka, atau dari poster di dinding bilik tidur mereka,” kata Dan Jones di TrackDays.co.uk.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here