Utama Berita Automotif Debut khas Alphard Modellista Concept sempena Tokyo Auto Salon 2026

Debut khas Alphard Modellista Concept sempena Tokyo Auto Salon 2026

6

Toyota Customizing & Development Co Ltd (TCD) buat julung kali mempertontonkan Alphard Modellista Concept di pentas Tokyo Auto Salon 2026 sebagai interpretasi terbaharu terhadap definisi semula kemewahan.

Model konsep itu dibangunkan berlandaskan falsafah reka bentuk MODELLISTA EMBRYO yang digabungkan dengan konsep fungsi yang merangsang pancaindera dan bakal menjadi simbol baharu kepada jenama Modellista.

Ia direka dengan matlamat untuk membayangkan semula kemewahan moden menerusi penyepaduan elemen keanggunan, gaya bersahaja serta ketukangan halus bertaraf tinggi.

Rekaan Luar Diinspirasikan Gaun Malam Mewah

Dari sudut luaran, Alphard Modellista Concept mendapat inspirasi daripada gaun malam elegan, robe de’collete, yang menampilkan gabungan bentuk organik dengan perincian yang berkembang ke luar.

Rekaan tersebut diserlahkan lagi dengan garisan pencahayaan geometri yang menterjemahkan falsafah reka bentuk organik-geometri yang menjadi teras identiti Modellista.

Interior Batu Asli Dan Kulit Putih

Bagi ruang kabin, penggunaan hiasan batu asli daripada bahan semula jadi diaplikasikan pada bahagian yang sering disentuh, sekali gus memberikan aksen visual premium serta pengalaman sentuhan yang unik.

Elemen pencahayaan geometri pada bahagian luar turut dipantulkan pada konsol atas, mewujudkan kesinambungan rekaan antara eksterior dan interior bagi menghasilkan suasana yang lebih harmoni, mesra dan santai.

Bagi melengkapkan karakter elegan Modellista, penggunaan balutan kulit putih bukan sahaja memancarkan aura keanggunan, malah menawarkan keselesaan sentuhan, yang digabungkan bersama kemasan batu asli bagi memberikan dimensi nilai baharu kepada pelanggan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here