Pelajar Nihon Automobile College bina Supra mini guna asas Daihatsu Copen

55

Menjelang acara Tokyo Auto Salon 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, sekumpulan pelajar Nihon Automobile College (NATS) tampil dengan idea modifikasi yang agak unik.

Nampak seperti sebuah GR Supra, namun dengan dimensi yang lebih kecil berbanding model asal.

Ini kerana, ‘GR Supra’ ini dibina berdasarkan kei car Daihatsu Copen sebelum diberikan kit badan lebar dan komponen asal GR Supra.

Mereka turut menggunakan semula unit lampu utama depan dan belakang GR Supra, diikuti dengan bampar yang telah diubahsuai.

Kit badan itu turut merangkumi splitter, hud enjin berliang, fender depan dan belakang lebar, skirt sisi dan diffuser belakang.

Untuk bahagian dek belakang, pelajar NATS menghasilkan komponen kustom yang turut mempunyai spoiler ekor itik dan sayap kekal.

Apa yang kekal daripada Copen hanyalah pintu, cermin hadapan utama, serta bumbung hardtop yang boleh dibuka.

Projek ini apabila siap akan dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2026 pada 9-11 Januari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here