Sah! Ini senarai jentera dari Jepun sempena Tokyo Auto Salon 2023

534

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur bakal berlangsung bulan depan lebih tepat bermula 9 Jun di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Acara ini bakal menjadi penyatuan peminat-peminat kenderaan Jepun dan para penala Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy berkumpul di bawah satu bumbung. 

Cinta terhadap kereta JDM berkembang pesat di seluruh dunia dan Tokyo Auto Salon menjadi tumpuan peminat automotif negara matahari terbit itu.



Justeru itu, ini empat jentera JDM yang bakal memeriahkan TAS  bulan depan:

  1. C7 CORVETTE FORTE WIDE BODY

Model C7 Chevrolet Corvette ini menerima sentuhan Forte yang didatangkan dengan kit badan fender lebar depan/belakang, bampar depan dengan spoiler rendah, dan splitter belakang.

Bahagian suspensi pula menggunakan ACC udara yang dipadankan dengan rim 21 inci (depan) dan 22 inci belakang. Warna badan adalah semburan cat asli ROHAN.

2. HKS DRIVING PERFORMER GR86 TYPE R

Model hasil talaan HKS ini menggunakan enjin FA24 dengan kit supercaj GT2. Kit badan pula HKS Type R dengan ekzos Hi-Power SPEC-LII/ super manifold dengan catalyzer GT-Spec. 

 

3. HKS GR SUPRA AERO

Jentera talaan HKS ini menggunakan enjin B48 bersama ekzos muffler turbo super. Kit badan HKS terdiri daripada spoiler depan, over fender dan spoiler belakang. Suspensi pula menggunakan HKS Hipermax Max IV GT dengan penyerap hentak dan spring HKS. 

4. GREDDY STANCE RZ34

Model Nissan Fairlady Z ini mendapat sentuhan Ken Miura berkonsepkan Stance. Kit badan terdiri daripada Rocket Bunny Pandem merangkumi bampar depan/belakang, splitter dan kanard depan, gerbang roda lebar depan/belakang dan spoiler ekor itik.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here