Redah 60km buat bising, ‘pelesit rempit’ ditahan

457

Tindakan sembilan ‘pelesit rempit’ meredah sejauh 60km membuat onar dengan bunyi bising pada waktu malam memakan diri apabila diberkas polis di sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor, semalam.

Kesemua individu berusia 20-an yang menetap di luar daerah itu ditahan dalam Operasi Cegah Samseng Jalanan, kira-kira jam 12 tengah malam.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kesemua mereka kebanyakannya dari Klang dan sanggup datang Tanjung Karang semata-mata untuk membuat bising dengan motosikal mereka.

Katanya, operasi itu dijalankan hasil aduan bunyi bising yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

“Pemeriksaan mendapati semua lelaki itu melakukan kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menunggang di bawah usia 16 tahun, tiada cukai jalan dan insurans.

“Selain, itu mereka juga didapati melakukan kesalahan itu melibatkan nombor plat, pengubahsuaian ekzos dan aksesori tidak lengkap,” katanya.

Polis mengeluarkan sebanyak sembilan saman kepada individu tersebut.

“Ibu bapa atau penjaga turut diminta memantau pergerakan anak supaya tidak terlibat aktiviti motosikal yang menyalahi undang-undang dan jenayah terutama ketika musim Aidilfitri,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here