Berpuluh kali lalu roadblock, akhirnya kena saman nombor plat kecil, ini jawapan polis..

1671

Seorang pengguna Twitter @Mekkur berkongsi ciapan menerima saman atas kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi pihak berkuasa.

“Tiga tahun ulang alik kerja berpuluh kali lalu roadblock, akhirnya kena saman sebab nombor plat kecik katanya.

“Sebelum ini, masa roadblock polis tak buat keje lar ye. Sebab tu lepas,” tulisnya.



Susulan ciapan itu, akaun Facebook Ibu Pejabat Petaling Jaya mendakwa saman tersebut dipercayai dikeluarkan polis trafik melalui alat MCOP.

Jelasnya, sebarang panduan mengenai spesifikasi nombor pendaftaran yang dibenarkan hendaklah dirujuk kepada peruntukan Kaedah-kaedah kenderaan motor (pendaftaran dan perlesenan) 1959.

Pemilik kenderaan yang tidak mengikuti nombor pendaftaran kenderaan yang ditetapkan boleh disaman di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (nombor plat fancy/kabur/kotor) dan Kaedah 006 (1) LN 173/59 (no plat tidak ikut peraturan).

Pada hantaran berkenaan, IPD Petaling Jaya turut berkongsi imej spesifikasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here