Reporter ini bandingkan nombor plat Malaysia dan Indonesia, spesifikasi JPJ lebih bagus?

3007

Seorang wartawan automotif Indonesia daripada portal Iwanbanaran ketika ini sedang menyertai jelajah Honda Asian Journey di Malaysia.

Jelasnya, sepanjang pengembaraan itu apa yang mencuri perhatian adalah spesifikasi nombor plat yang digunakan kenderaan tempatan. 



Dia juga mengakui material nombor plat yang digunakan di Malaysia lebih selamat berbanding plat logam di negara asalnya.

“Di Malaysia anda akan melihat plat nombor menggunakan huruf dan angka yang lumayan jelas. Jadi kalau didekati nombor terkesan tiga dimensi sebab huruf atau angka timbul dari permukaan.

“Nombor atau huruf ini ditampal terpisah dari papan sehingga jelas. Dan yang paling menarik lagi adalah materialnya. Bahan yang digunakan sebagai nombor tidak menggunakan plat seperti di tanah air (Indonesia). Namun bahan digunakan adalah semacam akrilik,” tulisnya. 

Tambahnya, spesifikasi nombor plat Malaysia juga tidak terlalu besar yang cukup jelas untuk dilihat. Dia juga memuji penggunaan nombor plat pada bahagian depan motosikal yang mana menggunakan pelekat saja.

“Untuk alasan keselamatan pemerintah Malaysia hanya mewajibkan pemasangan stiker yang ditempel pada bahagian madgad supaya boleh dilihat oleh polis, tentu saja hal ini berbeza dengan tanah air,” jelasnya. 

PLAT LOGAM

Iwanbanaran membuat perbandingan jika di negara asalnya, pengguna masih menggunakan bahan plat logam yang tidak efisien.

Selain tajam, kosnya juga lebih mahal yang mana memerlukan pengguna mengecat material tersebut dan bagi jangka masa panjang nombor berkenaan akan pudar.

“Bahkan seringkali kerana usia dan kualiti cat, angka dan huruf tidak boleh terbaca. Sedangkan akrilik awet tidak pudar,” katanya. 

“Setiap negara mempunya regulasi namun  jika ada yang positif sebenarnya boleh  dipertimbangkan untuk dicontohi. Apalagi dari pengalaman masa lalu kita juga sempat kehabisan bahan material sehingga plat nombor sangat lama turun,” tambahnya. 

Untuk makluman, Jabatan Pengangkutan Jalan menetapkan ukuran spesifikasi bagi nombor plat kenderaan di Malaysia iaitu huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan pada bingkai hitam. 

Sementara, bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association menggunakan huruf dan nombor berwarna putih pada bingkai berwarna merah manakala teksi dan kereta sewa menggunakan bingkai putih dengan nombor dan huruf hitam.

Di bawah ini spesifikasi ukuran yang ditetapkan oleh JPJ:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here