BMW guna Twitter ingatkan pemandu nyalakan signal!

721

Isu pengguna kenderaan yang ‘malas’ menggunakan lampu selekoh atau signal bukan saja dihadapi pengguna Malaysia bahkan global.

Ini kerana BMW USA turut melakukan ciapan di Twitter dengan melakukan pengumuman  perkhidmatan awam yang penting dan bersifat humor yang mengingatkan pemandu agar menggunakan lampu signal mereka.



Walaupun sama sekali bukan dakwaan kontroversi, beberapa warga Twitter yang lain turut serta dalam ciapan berkenaan yang bersetuju tentang stereotaip pemandu BMW yang tidak menggunakan isyarat belok. 

“Kami tidak perlukannya, kami pandu BMW,” balas pengguna @NicholasCope20

“Wow, BMW ada signal, adakah ia pilihan kilang?,” balas @DaveBanks73.

“Minyak signal BMW mahal!,” gurau @rdaugher2.

Ini bukanlah pertama kali BMW cuma sinikal dalam kalangan pengguna media, sebelum ini jenama itu ‘bermain’ dengan pesaingnya, Audi dengan kata-kata gurauan kasar dan papan iklan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here