Bawa karong guni, atok beli Mitsubishi Pajero secara tunai

981

Sebuah video pendek tular di media sosial yang menunjukkan seorang warga emas duduk di depan sebuah kaunter sambil mengeluarkan gumpalan wang daripada karong guni beras yang dibawanya.

Lebih mencuri perhatian, warga emas yang memakai jaket hijau belang dan bersongkok itu rupanya membeli sebuah Mitsubishi Pajero secara tunai.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by magelang raya (@magelang_raya)



“Si kakek beli mobil Pajero cash, tempat wangnya bukan kaleng-kaleng, dipandu sendiri donk mobilnya,” tulis kapsyen video tersebut. 

Selepas membeli SUV berkenaan, atok berkenaan memandu sendiri kenderaan tersebut usai urusan jual beli. Mitsubishi Pajero Sport di Indonesia dijual pada harga bermula daripada Rp544.8 juta (RM161,300).

Ditawarkan dengan empat varian di pasaran jiran, SUV berkenaan dijana oleh enjin 2.4 liter Mivec yang menghasilkan kuasa 181PS dan tork 430Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan. 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here