Yamaha YZF-R15M tawar dua warna, harga bermula RM14,998

4165

Hong Leong Yamaha Motor melancarkan motosikal berprestasi tinggi yang dipertingkatkan yang diperoleh daripada teknologi penggayaan dan perlumbaan Yamaha YZF-R1M serta YZR-M1 iaitu Yamaha YZF-R15M baharu.

Yamaha YZF-R15M baharu didatangkan dengan enjin suntikan bahan api Single Overhead Cam penyejuk cecair 155cc berkuasa dengan Penggerak Injap Berubah (VVA) yang memberikan kuasa optimum.

Output 19hp dengan tork setinggi 14.7Nm

Ia menyalurkan 19hp dengan tork setinggi 14.7Nm yang mana kuasa itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan manual. 



Model ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman, assist and slipper clutch, dan reka bentuk pengapit tiga bahagian pada hendal yang diinspirasikan oleh YZR-M1. Ia juga menjadi motosikal satu silinder Yamaha pertama yang didatangkan dengan quick shifter (upshift sahaja).

Galeri Gambar Signature M

Dari segi penggayaan, Yamaha YZF-R15M direka bentuk dengan fairing baharu yang sangat dinamik di mana profil tipis.

Bagi meningkatkan penampilannya yang sudah sporty, ia didatangkan lampu depan LED dwi-fungsi yang turut diperkenalkan bersama panel instrumen LCD baharu yang memaparkan Mod Jalanan dan Mod Trek.

Tempat duduknya lebih menarik dengan balutan seperti gentian karbon.

Keselamatannya pula, R15M didatangkan dengan tongkat kaki dengan cut-off switch dan ABS dwi saluran untuk hadapan serta belakang. Bagi brek hadapan, ia dipadankan kaliper ByBre, manakala belakang Nisin. 

Disebabkan ciri keselamatannya, Yamaha YZF-R15M menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP).

Yamaha YZF-R15M baharu ditampilkan dalam 2 warna ikonik:

  • Signature M
  • Monster Energy Edition

Yamaha YZF-R15M baharu akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara pada 30 Jun 2022 dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM14,998, tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

Di samping itu, setiap pemilik baharu model Yamaha YZF-R15M akan menerima kotak hadiah misteri M-CRU khas dan kunci cakera keselamatan dengan pembelian mereka.

Galeri Gambar Monster Energy Edition

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here