Anak Ben Affleck, 10 tahun sebabkan Lamborghini Urus ‘cium’ fender BMW

1243

Samuel Garner Affleck yang berusia 10 tahun sedikit nakal apabila duduk di kerusi pemandu Lamborghini Urus ketika enjin masih hidup dan menyebabkan kemalangan kecil.

Insiden yang dirakam kamera paparazi itu menunjukkan bahagian belakang SUV  berkenaan ‘mencium’ fender dan rim sebuah BMW putih. Kejadian itu berlaku dikatakan gara-gara anak lelaki Ben Affleck menukar gear undur ‘R’ tanpa sengaja.



Pada video yang beredar boleh dilihat Ben Affleck berada di sisi pintu pemandu dan Jennifer Lopez baru saja memasuki kerusi penumpang belakang tanpa sempat menutup pintu. 

Dikatakan Ben dan Jennifer Loper bersama Samuel mengunjungi wakil jualan kereta  sewa 777 Exotics di Beverly Hills.  

Tidak diketahui sama ada Samuel atau individu lain membiarkan enjin kereta tersebut dihidupkan.

Selepas kejadian boleh dilihat Samuel turun dari kenderaan dan melihat keadaan bahagian belakang SUV tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here