Murid perempuan maut dilanggar, pemandu lori dipukul orang awam

936

Seorang pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan maut dengan sebuah motosikal di Kampung Telok Gong, Klang, pagi semalam cedera di bahagian muka selepas dibelasah orang ramai.

Pemandu berusia 36 tahun itu dipukul kerana dipercayai menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut digilis sementara adiknya dan seorang wanita cedera parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, punca kejadian dipercayai motosikal ditunggangi wanita berusia 54 tahun dan dua kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui permukaan berpasir.



“Semasa kejadian, lori kontena dari arah Klang menghala ke Telok Gong, apabila sampai di persimpangan Jalan Bawal, motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua pelajar sekolah iaitu pelajar perempuan (sembilan tahun) dan pelajar lelaki (tujuh tahun) keluar dari simpang menghala ke arah sama dengan lori berkenaan.

“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng terjatuh di atas jalan raya. Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan digilis oleh roda tayar belakang lori dan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya.

Beliau menjelaskan, penunggang motosikal mengalami cedera patah tangan kanan sementara kanak-kanak lelaki pula cedera di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Semalam, media melaporkan separuh badan mayat seorang kanak-kanak perempuan hancur akibat dilenyek sebuah lori treler ketika dalam perjalanan pulang dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Gong.

 ketika kejadian, ketiga-tiga penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here