[Video] Cemas abang treler lambai tangan, tiada datang bantu kawal kebakaran

632

Tindakan pantas pemandu treler memadam kebakaran yang kian merebak di bahagian enjin mencuri perhatian warga media sosial.

Menerusi perkongsian video akaun TikTok @aciksufian1472 itu menunjukkan lelaki berkenaan seorang diri cuba mengawal dan memadamkan kebakaranak ada yang tolong abang lori tu walaupun dia dah lambai-lambai tangan minta tolong dengan pemandu lain. menggunakan alat pemadam api.

@aciksufian1472

maafkan saya abg lori bukan tak nak tolong 😢

♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman



Bahkan kapsyen video juga menyentuh hati netizen apabila tiada seorangpun pengguna jalan raya menghulurkan bantuan.

“Tak ada yang tolong abang lori tu walaupun dia dah lambai-lambai tangan minta tolong dengan pemandu lain..last dia padam sendiri api tu..

“Dah padam api baru ada driver lain dengan orang kerja highway tu datang..sedih wehh tengok dia sorang-sorang padam api,” tulisnya.

@aciksufian1472

Replying to @ciikk_lieya08 sy tak boleh pandai pandai nk tolong sebab depan sy ada pengawal lebuh raya lagi pula sy adalah anak kecil usia 11 bulan.ramai yg kecam sy kata kenapa tak tolong abg lori.sy kena fikir anak dulu.sy rakam sebab nk bagi tahu hargai suami yg keluar cari rezeki halal.kdg suami keluar kerja balik dia tak cerita dgn isteri apa yang jadi sebab dia tak nk susahkan hati isteri..😢

♬ Hujan – Dato’ Sudirman

Ketika disoal mengapa perakam tidak menghulurkan bantuan, dia memberitahu ketika kejadian pengawal lebuhraya berada di depannya.

“Ramai yang bertindak mengecam saya dengan mengatakan mengapa saya tidak membantunya walhal mereka tidak mengetahui bahawa pada ketika itu saya juga harus mengutamakan anak saya yang berusia 11 bulan,” jelasnya.

Bagaimanapun pada bahagian komen seorang wanita yang mengaku isteri kepada pemandu treler berterima kasih kerana merakamkan video tersebut.

“Sebab video ni saya menangis teruk tengok suami saya dia bagitau lori dia rosak dan ade naik api sikit je,” komen @Aishahjasmi. 

Hantaran video tular dan meraih sebanyak 90,200 tanda suka dan 2.4 juta jumlah tontonan setakat ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here