Utama Berita Automotif Mitsubishi Xforce dilancar di Taiwan, Malaysia masih menunggu

Mitsubishi Xforce dilancar di Taiwan, Malaysia masih menunggu

392

Mitsubishi Xforce pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada November 2023 di Indonesia dan menyusul ke sejumlah negara.

Sejak itu, SUV kompak ini mula menarik perhatian peminat automotif di Malaysia dan berkemungkinan tidak perlu menunggu lebih lama.

Gambar unit Xforce yang dirakam tular secara meluas di media sosial, mencetuskan spekulasi bahawa model itu bakal memasuki pasaran tempatan.

Namun, perkembangan terbaharu menunjukkan Taiwan memintas Malaysia, apabila Mitsubishi Motors melancarkan Xforce di republik itu.

Rakan pengeluaran dan jualan Mitsubishi di Taiwan, China Motor Corporation (CMC), dijadualkan memulakan jualan Mitsubishi Xforce pada Januari ini.

Xforce dihasilkan di kilang CMC Yangmei, sekaligus menjadi model baharu tempatan pertama dalam sembilan tahun di Taiwan.

Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Motors, Tatsuo Nakamura, berkata versi khas Xforce untuk Taiwan dibangunkan hasil kerjasama rapat dengan CMC yang telah terjalin lebih 60 tahun.

Model Strategik Global Mitsubishi Motors

Xforce dibangunkan berasaskan konsep “Best-suited buddy for an exciting life”, menekankan gabungan gaya SUV yang moden dan lasak, ruang kabin lima penumpang yang luas, serta dimensi badan kompak yang mudah dikendalikan.

Sejak debutnya di Indonesia pada November 2023, Xforce diperkenalkan ke beberapa pasaran ASEAN termasuk Vietnam dan Filipina, sebelum berkembang ke Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah.

Sebagai salah satu model strategik global Mitsubishi Motors, Xforce telah merekodkan jualan terkumpul kira-kira 62,000 unit setakat ini.

Spesifikasi & Ciri Eksklusif Pasaran Taiwan

Xforce yang dihasilkan secara tempatan oleh CMC memenuhi piawaian emisi Euro 6c dan dilengkapi ciri khas untuk pengguna Taiwan:

  • Sistem bantuan pemandu lanjutan setara Tahap 2, menggabungkan Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keep Assist (LKA)
  • Paparan digital 10.25 inci
  • Warna badan biru eksklusif, dibangunkan khusus untuk Taiwan

Rangkaian Kuasa

Xforce menggunakan enjin 1.5 liter MIVEC untuk ketiga-tiga varian:

  • Sesaran: 1,499 cc
  • Kuasa maksimum: 105 ps@6,000 rpm
  • Tork maksimum: 141Nm@4,000 rpm

Selain enjin biasa, Xforce dipasarkan di beberapa negara dengan enjin 1.6 liter MIVEC hibrid.

Dimensi

Kecuali jarak roda, Xforce sedikit panjang, lebar dan tinggi berbanding Proton X50 dan Honda HR-V.

  • Panjang: 4,390 mm
  • Lebar: 1,810 mm
  • Tinggi: 1,660 mm
  • Jarak roda: 2,650 mm

Harga Rasmi Xforce di Taiwan

Xforce ditawarkan di Taiwan dalam tiga varian utama iaitu Enjoyment, Cool Edition dan Top. Harga rasmi bagi setiap varian adalah seperti berikut:

  • Enjoyment: NT$799,000 (RM102,661)
  • Cool Edition: NT$842,000 (RM108,261)
  • Top: NT$842,000 (RM108,261)

Varian Top baharu dilengkapi sistem bunyi Yamaha serta ciri tambahan lain, manakala harga Cool Edition sedikit lebih rendah berbanding harga pra‑tempahan awal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here