
Antara masalah utama yang ada pada motosikal elektrik ialah jarak tunggangan yang terlalu dekat dan pengecasan yang perlahan.
Verge Motorcycle mahu masalah tersebut lenyap dengan memperkenalkan model baharu TS Pro yang hadir dengan teknologi bateri jenis pejal.
Bateri yang diperoleh daripada Donut Lab itu boleh didapati dalam kapasiti 20.2 kWh (jarak tunggangan 349 km) dan 33.3 kWh (jarak tunggangan 595 km).
Pengecasan NACS 200 kW pula membolehkan penunggang menambah jarak 299 km dalam masa 10 minit sahaja.
Bateri jenis pejal itu juga dikatakan lebih tahan lama (sehingga 100,000 kitaran) dan yang pasti lebih selamat jika dibandingkan dengan bateri konvensional.
Jentera ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal 137 hp dan 998 Nm yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat.
Verge TS Pro akan dijual pada harga bermula dari $29,900 (RM121,200).































