
Tesla kini sudah mempunyai beberapa model kenderaan elektrik (EV) yang dipasarkan ke seluruh dunia.
Di alam maya, terdapat beberapa khabar angin yang mendedahkan perancangan untuk menghasilkan model motosikal elektrik.
CEO Tesla Elon Musk tampil membuat penafian di platform X (dulu dikenali sebagai Twitter) sebagai satu balasan kepada hantaran berbentuk video yang dijana oleh AI.
Dalam hantaran di X, beliau menyebut, “Tidak akan berlaku, kerana kita tidak boleh menghasilkan motosikal yang selamat.
Never happening, as we can’t make motorcycles safe.
For @CommunityNotes, my near death experience was on a road bike.
Dirt bikes are safe if you ride carefully, as you can’t be smashed by a truck.
— Elon Musk (@elonmusk) December 1, 2025
Elon turut berkongsi pengalaman hampir mautnya sebelum ini kerana dilanggar oleh trak ketika menunggang motosikal di jalan raya.
Walaupun tanpa perancangan untuk menghasilkan motosikal elektrik, Elon memberikan bayangan Tesla mungkin akan meneroka kategori ATV (all-terrain vehicle).
Malah beliau berpendapat sebuah kenderaan “side-by-side” elektrik mungkin satu idea yang cukup menarik.































