Remaja gagal ujian memandu kerana bergantung kepada brek regeneratif Tesla

5

Seorang remaja yang berasal dari North Bay, Ontario dilapor gagal dalam ujian praktikal pemanduan kerana tidak menggunakan pedal brek untuk berhenti ketika memandu Tesla Model Y.

Sebaliknya, remaja itu didapati bergantung kepada sistem brek regeneratif untuk memperlahankan keretanya.

Bapanya Eric Simard memberitahu CBC News, anak perempuannya memandu Tesla miliknya dan tidak tahu bagaimana untuk mematikan fungsi brek regeneratif tersebut.

Pegawai pemeriksa Drive Test Ontario memberitahu remaja itu yang beliau tidak boleh berhenti seketika untuk menghubungi bapanya cara untuk mematikan fungsi brek tersebut.

 

Dalam borang penilaian, pemeriksa itu melaporkan kenderaan tersebut “tidak berfungsi” walaupun ia berfungsi dengan baik.

Remaja itu juga didenda hanya kerana kereta Tesla itu menghasilkan bunyi notifikasi lampu isyarat merah bertukar kepada hijau.

Simard juga kecewa apabila mengetahui terdapat pelajar lain di Ontario dibenarkan untuk menggunakan brek regeneratif untuk ujian memandu G, walaupun sebahagiannya telah diarah untuk mematikan sementara fungsi tersebut.

Menurut jurucakap kementerian pengangkutan Kanada, Julia Caslin memberitahu CBC melalui e-mel, “Pemohon pelu memahami sistem kenderaan mereka – termasuklah pemusatan lorong, brek regeneratif, kawalan jelajah adaptif dan parkir automatik – mampu memberikan kesan kepada prestasi dan pengendalian semasa ujian dibuat.”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here