Utama Berita Automotif Tesla Model Y ‘tapau’ SUV terlaris pasaran China (2025)

Tesla Model Y ‘tapau’ SUV terlaris pasaran China (2025)

8

Jualan keseluruhan kumulatif SUV di China mencecah 11.878 juta unit pada tahun lalu,  peningkatan sebanyak 5.0 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA).

Tesla Model Y sekali lagi dinobatkan sebagai SUV terlaris dengan jualan 425,337 unit, iaitu kelebihan 180,000 unit berbanding Geely Xingyue L (244,068 unit) di tangga kedua.

Namun, BYD gagal menempatkan diri dalam kedudukan lima teratas walaupun pada tahun lalu, tiga model SUV miliknya berada dalam kelompok empat terbaik dari segi jualan.

Selain itu, Tesla Model Y juga merupakan kenderaan tenaga baharu (NEV) ketiga paling laris di China pada 2025.

Sebanyak 34 model SUV merekodkan jualan terkumpul melebihi 100,000 unit, merangkumi 15 kenderaan tenaga baharu (NEV) dan 19 kenderaan petrol.

Walaupun SUV dengan enjin petrol masih mendahului dari segi jumlah model dalam senarai 35 teratas tetapi angka jualan terus menunjukkan penurunan.

Di samping itu, model Geely Boyue L (Proton X70) menduduki tangga ketiga dengan jualan sebanyak 232,926 unit diikuti Toyota RAV4 dan Volkswagen Tiguan L yang mana kedua-duanya mencatatkan jualan melebihi 200,000 unit.

Seterusnya, model NEV BYD iaitu Song Plus, Yuan UP, dan Song Pro masing-masing menduduki tempat keenam, ketujuh, dan kesembilan.

SENARAI JUALAN TOP 25 (2025)

1. Tesla Model Y: 425,337 unit 

2. Geely Xingyue L: 244,068 unit

3. Geely Boyue L: 232,926 unit

4. Toyota RAV4: 204,125 unit

5. Volkswagen Tiguan L: 202,904 unit

6. BYD Song Plus: 200,276 unit

7. BYD Yuan UP: 189,277 unit

8. Toyota Corolla Cross: 186,575 unit

9. BYD Song Pro: 180,661 unit

10. Chery Tiggo 8: 179,465 unit

11. Changan CS75 Plus: 175,597 unit

12. Toyota Frontlander: 174,434 unit

13. Volkswagen Tayron: 173,329 unit

14. Honda CR-V: 171,207 unit

15. Li Auto L6: 166,516 unit

16. Xiaomi YU7: 153,673 unit

17. Aito M8: 150,420 unit

18. Haval Big Dog: 149,708 unit

19. Volkswagen Taos: 148,416 unit

20. BYD Song L DM-i: 137,120 unit

21. BYD Sealion 06: 136,166 unit

22. BYD Yuan Plus: 135,446 unit

23. Leapmotor C10: 135,043 unit

24. Geely Coolray: 133,888 unit

25. Audi Q5L: 133,589 unit

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here