Utama Berita Automotif 5-tahun ‘jalan haram’, Nissan Skyline akhirnya tumpas

5-tahun ‘jalan haram’, Nissan Skyline akhirnya tumpas

802
Jabatan Pengangkutan Jalan Alor Setar, Kedah menyita sebuah Nissan Skyline ER34 selepas didapatu lesen kenderaan motor (LKM) telah tamat tempoh sejak lima tahun lalu.
 
Hasil pemeriksaan di KM 9, Jalan Darul Aman, Taman Tengku Maheran pada Isnin itu turut 
mendapati kereta berkenaan tidak memiliki insurans sah serta menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
 
“Susulan itu, JPJ telah mengeluarkan Notis Sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Notis JPJ (P) 22 terhadap pemandu tersebut.
 
“JPJ menegaskan tiada kompromi atau layanan istimewa, termasuk terhadap kenderaan berprestasi tinggi. Tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasakan demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” menurut kenyataan. 
ARTIKEL BERKAITAN

Nissan Skyline GT-R R32 ori dicuri dari HQ Nissan Australia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here