Utama Berita Automotif RXZ Forever Legend : JPJ akan lakukan pemeriksaan rawak

RXZ Forever Legend : JPJ akan lakukan pemeriksaan rawak

8

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap peserta RXZ Forever Legend yang berlangsung pada 6 dan 7 Februari ini di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, di Kota Bharu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata pemeriksaan itu akan menumpukan aspek pemakaian topi keledar, modifikasi motosikal serta tahap bunyi ekzos bising.

“Dari segi lesen, cukai jalan itu merupakan tanggungjawab individu sendiri. Tidak perlu kita ingatkan perlu ada lesen dan lain-lain, kerana kita maklum apabila ada kenderaan, lesen, cukai jalan itu semua perlu ada,” katanya.

Mohd Misuari berkata jabatan itu mempunyai pasukan risik serta pasukan pemantau untuk memantau peserta termasuk di jalan-jalan kampung sepanjang dua hari program berlangsung.

JPJ juga katanya bersedia membantu pihak polis sekiranya diperlukan demi memastikan keadaan terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN

RXZ Member Ride 3.0 : 87 saman dikeluarkan kebanyakan tiada ‘roadtax’

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here