RXZ Member Ride 3.0 : 87 saman dikeluarkan kebanyakan tiada ‘roadtax’

26

Sebanyak 87 saman dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang penguatkuasaan program RXZ Member Ride 3.0 yang berlangsung di Melaka dengan kesalahan paling tinggi dikesan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, bermula Jumaat hingga Ahad lalu, sebanyak 14 saman melibatkan kesalahan LKM tamat tempoh direkodkan, diikuti tiada lesen iaitu 13 saman.

“Selain itu, kesalahan tidak menampal pelekat cukai jalan 11 saman dan kita turut mengeluarkan sembilan saman terhadap penunggang yang gagal memiliki perlindungan insurans sah.

“10 saman lagi dikeluarkan atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan,” katanya.

Tambah beliau, penguatkuasaan turut mengesan lima kes motosikal tanpa nombor pendaftaran, selain empat kes ubah suai ekzos yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan.

“Lima saman dikeluarkan kerana gagal memakai topi keledar, manakala enam kes melibatkan motosikal tanpa cermin sisi.

“Kesalahan lain yang turut direkodkan termasuk kesalahan nombor plat, lampu brek tidak berfungsi, tidak mematuhi arahan pihak berkuasa, serta gagal berhenti apabila diarahkan,” jelasnya. 

Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut tiada kenderaan disita dan kemalangan maut atau parah dilaporkan melibatkan peserta RXZ Member Ride 3.0.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here