
Antara jenama motosikal buatan Itali yang terkenal di pasaran termasuklah Aprilia, Ducati, MV Agusta, Benelli, dan Italjet (sekadar menyebut beberapa nama popular).
Namun, pernahkah anda mendengar nama SWM (bukan SYM tau)?
SWM Motorcycle merupakan sebuah lagi pengeluar motosikal Itali yang telah wujud sejak tahun 1971 lagi dan berpangkalan di Milan.
Jenama tersebut dihentikan operasinya pada tahun 1984 sebelum ia dihidupkan semula pada tahun 2014 dengan dana yang disumbangkan oleh syarikat China Shineray Group.
Mereka kemudian mencuri tumpuan umum di EICMA 2025 dengan mempamerkan sebuah motosikal konsep SWM Bumblebee – dengan nama dan warna yang diinspirasikan daripada watak robot Transformers.
Bumblebee menggunakan asas daripada model SWM Stormbreaker V 1200 dengan enjin V-twin 45 darjah 1,200 cc yang mampu menghasilkan 60 hp dan 90.8 Nm.
Tidak banyak info didedahkan buat masa ini, dan tidak diketahui sama ada jentera ini bakal memasuki fasa produksi ataupun tidak.






























