Utama Berita Automotif “Pertama kali tunggang jentera Itali sepanjang kerjaya,” Hafiz Syahrin

“Pertama kali tunggang jentera Itali sepanjang kerjaya,” Hafiz Syahrin

259
Oktober lalu, JDT melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang akan bersaing pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.
 

Menjelang musim 2024, pihak JDT Racing Team mendedahkan wajah jentera yang akan bersaing pada ARRC musim ini dan menjalani ujian di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jentera berasaskan Ducati Panigale V4R itu tampil dengan badan hitam dan muka depan dilekatkan nombor lumba Hafiz Syahrin iaitu 55. Namun, corak rekaan masih misteri kerana JDT Racing Team belum mengumumkannya secara rasmi.
 
Menurut Bernama, Hafiz Syahrin menyatakan pertama kali menunggang jentera Itali sepanjang kerjayanya.
 
“Perasaannya berbeza. Menjadi sebahagian daripada keluarga ini memang menakjubkan.
“Walaupun banyak pengalaman berlumba di peringkat antarabangsa, bagi saya pengalaman setiap tahun berbeza-beza. Ke mana sahaja saya pergi pengalaman itu sentiasa mengajar saya,” jelasnya.
 
JDT Racing Team bersama Hafizh bakal memberi saingan pertamanya dalam ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 15 hingga 17 Mac ini.
 
Kejuaraan tersebut melibatkan enam pusingan 12 perlumbaan dengan negara seperti Jepun, China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Hafizh akan bersaing dengan dua lagi pelumba negara iaitu Zaqhwan Zaidi Juara ARRC tahun 2022 dari pasukan Honda dan Kasma Daniel dari pasukan Yamaha selain barisan pelumba pengalaman dari Jepun dan Thailand.
 
Berdasarkan perkongsian di media sosial JDT dan Hafizh, peminat sukan perlumbaan teruja dengan kemunculan pertama mantan MotoGP itu dalam ARRC dan berharap dapat membawa pulang kejayaan.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here