Kastam Kelantan patahkan modus operandi edar dadah melalui syarikat kurier

129

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan mengedar dadah menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berdaftar dalam satu serbuan di Rantau Panjang, minggu lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata pihaknya merampas kira-kira 3.007kg ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM7,517.73 disyaki untuk diedarkan dalam pasaran tempatan.



“Serbuan di pusat kurier barangan berdaftar di Rantau Panjang itu dilakukan pada 20 Februari lalu, lebih kurang 12.50 tengah hari hasil maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan pasukan sambil disaksikan oleh pekerja di pusat kurier tersebut telah menemukan bungkusan berdaftar mengandungi dua ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja,” katanya.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan pemilik bungkusan berdaftar tersebut. 

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier bagi mengedar mampat daun kering (ganja) tanpa meletakkan nama dan alamat penuh pengirim,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here