DHL, kurier pertama guna kenderaan elektrik di Malaysia

1829

TNB dan DHL Express Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) memperkenalkan kereta elektrik (EV) dalam perkhidmatan mereka bagi mencapai sasaran sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

DHL bakal menjadi syarikat penyedia logistik pertama menggunakan EV di Malaysia yang mana sebagai permulaan akan menggunakan tiga van jenis Nissan e-NV200 bermula pertengahan 2022. 



Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan menjelaskan, TNB komited untuk membina perkongsian yang saling menguntungkan dengan DHL, dan membantu mereka mencapai matlamat logistik EV.

Sementara TNB pula memainkan peranan kritikal dalam mewujudkan permintaan untuk penggunaan EV yang lebih tinggi di Malaysia.

TNB percaya, mereka boleh menarik minat lebih banyak pelanggan menerusi model perniagaan yang berdaya saing. Ia juga membantu bakal pengguna kereta berubah kepada  EV di masa depan.

Selain itu, TNB juga merancang untuk membangunkan infrastruktur dan memasang stesen mengecas EV untuk menampung peningkatan jumlah EV komersial di sepanjang laluan penghantaran DHL.

Berdasarkan kajian DHL, van mereka bergerak sekitar 180km sehari untuk penghantaran. Namun, van elektrik tersebut memerlukan masa tujuh jam pengecasan dan jarak pemanduan sejauh 200km untuk sekali cas penuh.

Terdapat juga pilihan Go Green dalam penghantaran di mana pelanggan boleh memilih untuk penghantaran yang cekap petrol dan lebih lestari.

Pada masa sama, DHL turut mencari rakan yang berpotensi untuk membantu mereka mengitar semula bahan pembungkusan yang telah digunakan semasa penghantaran.

BACA>>Socar dan TNB bekerjasama tingkatkan penerimaan EV di Malaysia

BACA>>MARii dan Pekema bakal sediakan 1,000 stesen pengecas kenderaan elektrik

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here