Sayang betul, sanggup tawar kereta klasik Plymouth VIP sebagai ganjaran temui dua anjing

1290

Seorang lelaki sanggup menawarkan kereta klasik miliknya buat individu yang berjaya menjumpai dua ekor anjing peliharaannya yang diberi nama Stitch dan Chief, dipercayai dicuri di kawasan kediamannya.

Dia yang sangat bimbang kerana kedua-dua anjing itu yang menjalani rawatan dan memerlukan penjagaan harian untuk alahan kulit.



McWilliams sanggup menawarkan kereta Plymouth VIP tahun (1967) miliknya yang berharga sekitar USD5,000 ( RM20,860) sehingga USD6,000 (RM25,032) kepada mereka yang berjaya membawa pulang anjingnya.

“Saya sangat rela untuk melepaskannya.

“Anda tidak boleh meletakkan harga pada anjing saya. Mereka adalah keluarga saya, mereka adalah sepenuh hati saya,” kata McWilliams.

Bagaimanapun, McWilliams sudah membuat laporan polis namun dia dimaklumkan bahawa anggota polis Shreveport, di bandar Louisiana tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk menjadikan kes kehilangan Stitch dan Chief sebagai salah satu keutamaan mereka.

Oleh kerana terdesak dia bersedia melepaskan kereta klasik tersebut kepada sesiapa yang berjaya membawa pulang kedua dua anjingnya sebagai ganjaran.

BACA>>[Video] Pemuda kejar Mercedes klasik, tengah rakam terkejut rupanya kereta Tok Mat

BACA>>174 kenderaan klasik penuh debu milik ahli perniagaan misteri dilelong

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here