
Personaliti TV terkenal Jeremy Clarkson dilapor mahu melepaskan tiga unit kereta daripada koleksi peribadi yang pernah ditayangkan di dalam rancangan The Grand Tour.
Kereta pertama yang dimaksudkan ialah Lincoln Continental Mark V (1978) yang muncul dalam episod The Grand Tour Presents: Lochdown.
Dalam episod tersebut, beliau, Hammond dan May memandu tiga kereta klasik Amerika di Scotland.
Menurut Clarkson, beliau jarang menyimpan kereta daripada penggambaran namun selepas episod tersebut tamat Lincoln ini terus masuk ke dalam garajnya.
Continenal Mark V ini hadir dalam warna biru berkilau dengan jarak perbatuan kini 109,894 km.
Kereta kedua pula ialah sebuah Alfa Romeo GTV6 (1983).
Uniknya kereta ini kerana ia dilengkapi dengan enjin lagenda Alfa, iaitu nadi bentangan V6 2.5 liter Busso.
GTV6 ini dipandu dalam episod ketujuh musim ketiga yang turut dirakam di Scotland.
Lebih menarik perhatian apabila GTV6 ini hanya mencatatkan perbatuan yang cukup rendah, iaitu sekitar 45,568 km sahaja, satu angka yang sangat rendah untuk kereta usia setua itu.
Kereta ketiga pula merupakan sebuah Lancia Montecarlo Spider (1982), model yang paling istimewa antara ketiga-tiga kereta yang bakal dilelong ini.
Kereta ini dipandu oleh Clarkson dalam episod terakhir The Grand Tour yang dirakam di Zimbabwe dan Botswana.
Antara ubahsuai yang dibuat termasuklah menyumbatkan lampu belakang Ferrari 308, empat ekzos, rim Lancia Delta Integrale, jeriji khas, warna badan Lotus Blue dan tempat duduk fabrik.
Ketiga-tiga kereta tersebut disenaraikan di laman web Iconic Auctioneers.



































