Siri The Grand Tour tetap diteruskan tanpa trio Clarkson, Hammond & May

94

Tinggal beberapa hari sahaja episod ‘terakhir’ The Grand Tour akan bersiaran di Amazon Prime.

Namun hakikat yang sebenar, siri popular The Grand Tour itu akan tetap diteruskan tanpa kehadiran trio hos yang asal (Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May).

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Richard Hammond semasa bercakap tentang episod akhir yang bakal ditayangkan pada 13 September ini.



“(The Grand Tour) akan diteruskan. Kami akan berundur sebagai tuan rumah, namun Prime akan meneruskan program tersebut.

“Jadi, saya tidak sabar untuk duduk di atas kerusi sendiri dan melihat orang lain melakukannya,” ujarnya lagi.

Dalam satu temubual bersama Metro, Hammond menambah pihak Amazon boleh berbincang dengan trio tersebut untuk menentukan masa depan The Grand Tour.

Namun yang pasti, ketiga-tiga bekas hos Top Gear itu tidak mempunyai autoriti untuk memutuskan bagaimana program itu perlu diteruskan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here