Utama Berita Automotif James May lelong Honda CBR1000RR Fireblade Repsol miliknya

James May lelong Honda CBR1000RR Fireblade Repsol miliknya

9

Bekas pengacara Top Gear, James May membuat keputusan untuk menjual motosikal kesayangannya, iaitu sebuah Honda CBR1000RR Fireblade Repsol Edition (2013). 

Jentera ini datang lengkap dengan livery ikonik oren, hitam, merah dan putih yang cukup sinonim dengan jentera MotoGP Honda.

Motosikal tersebut hanya merekodkan 5,844 batu (sekitar 9,400km) sepanjang tempoh penggunaannya.

Pada 2019, ketika odometer menunjukkan 5,550 batu, Fireblade itu telah menjalani kerja baik pulih menyeluruh oleh pakar dari Read’s Motorcycles.

James May dilaporkan memiliki motosikal berkenaan selama tujuh tahun dan keadaannya masih berada pada tahap sangat baik. Jualan turut merangkumi manual servis, manual pemilik serta dokumen pendaftaran asal.

CBR1000RR Fireblade Repsol Edition ini dikuasakan enjin empat silinder sebaris 998cc aspirasi natural, digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Antara kelengkapan yang ditawarkan termasuk:

  • Livery khas Repsol Honda
  • Brek Tokico
  • Fork depan boleh laras Showa
  • Suspensi belakang monoshock
  • Swingarm aluminium
  • Paparan instrumen LCD
  • Tempat duduk dua tingkat untuk penunggang dan pembonceng

Motosikal tersebut kini ditawarkan menerusi platform lelongan Collecting Cars. Ketika artikel asal diterbitkan, bidaan tertinggi sudah mencecah £9,300 (kira-kira RM50,805).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here