VIDEO: James May, Richard Hammond lawat tapak lama Top Gear

10
May and Hammond EV Plane and Car race to Dunsfold

Siapa yang masih ingat tentang kewujudan tapak lama lapangan terbang yang menjadi lokasi penggambaran Top Gear?

Lokasi tersebut dikenali sebagai Dunsfold Aerodrome, dan digunakan sebagai lokasi utama bagi rancangan televisyen Top Gear sejak tahun 2002 lagi.

Bekas pengacara Top Gear, James May dan Richard Hammond baru-baru ini melawat sendiri tapak lama lokasi tersebut berdasarkan video yang dimuat naik menerusi saluran DriveTribe.

Video berdurasi 7 minit 52 saat itu memaparkan James May memandu sebuah Porsche Taycan Turbo GT dan Richard Hammond duduk di sebelah sambil mengimbau semula kenangan mereka sejak mengacara program tersebut.

Dunsfold Aerodrome kini berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Ini kerana sejak tahun 2018 telah tersebar khabar angin di mana lokasi tersebut akan diratakan untuk memberi laluan kepada pembinaan projek perumahan baharu.

Biarpun projek pembangunan tersebut sudah pun bermula, litar sepanjang 3.06 km itu masih dibenarkan beroperasi sekurang-kurangnya sehingga 2026, menurut laporan RadioTimes.com.

Sejak insiden kemalangan melibatkan pengacara Freddie Flintoff, rancangan tersebut dihentikan penggambarannya pada Mac 2023.

Kemudian, BBC mengumumkan rancangan tersebut tidak akan disambung semula, namun aktiviti Top Gear yang lain seperti majalah, digital dan perlesenan masih lagi berjalan seperti biasa.

Malah, majalah Top Gear UK masih lagi menggunakan fasiliti tersebut untuk membuat catatan masa pusingan terpantas.

Rekod pusingan terpantas di litar tersebut kini dipegang oleh McMurtry Speirling dengan catatan 55.9 saat, jauh lebih pantas berbanding sebuah kereta lumba F1.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here