Ford Fiesta bakal muncul semula sebagai sebuah EV

109
Ford Fiesta ST. Imej: Evo

Kali terakhir kita mendengar berita tentang Ford Fiesta kira-kira dua tahun lepas, di mana Ford mengumumkan penamatan produksi bagi model tersebut di Jerman untuk memberi laluan kepada model EV.

Timbul pula berita baharu di mana Ford mahu menghidupkan semula nama ikonik tersebut.

Namun, Fiesta tidak akan muncul sebagai sebuah kereta berenjin konvensional, sebaliknya ia akan lahir sebagai sebuah EV.

Menurut laporan Auto Express, kerjasama antara Ford dan Volkswagen di Eropah akan diperluaskan lagi melihat kepada kejayaan model seperti Explorer EV dan Capri EV.

Model Fiesta EV tersebut mungkin sekali akan dibangunkan berdasarkan model hatchback ID.2 yang memiliki ukuran dimensi dan fungsi yang hampir sama.

Dengan platform MEB Entry, Ford Fiesta EV mampu menawarkan jarak gerak sehingga 450 km serta keupayaan pengecasan pantas sehingga 125 kW.

Ini menjadikan Fiesta EV mampu memberikan saingan kepada model EV subkompak seperti Renault 5, Opel Corsa E dan Peugeot e-208.

Selain daripada itu, Fiesta EV juga mampu berpotensi menjadi pesaing bagi melawan kemunculan kereta-kereta elektrik mampu milik dari pengeluar China seperti BYD.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here