Utama Berita Automotif Mitt 775R: Sportbike ‘middleweight’ buatan China untuk memalukan jenama Jepun dan Eropah

Mitt 775R: Sportbike ‘middleweight’ buatan China untuk memalukan jenama Jepun dan Eropah

7

Sedar ataupun tidak, pengeluar motosikal dari negara China kini sudah mula menunjukkan taring masing-masing untuk memalukan nama-nama besar dari Jepun.

Seperti contoh, sportbike bajet Jedi K 750 yang bakal dikenali dengan nama baharu Mitt 775R di pasaran Eropah.

Asalnya dilancarkan pada tahun 2023, Jedi K 750 ini bukan calang-calang motosikal.

Ia direka oleh Marabese Design dari Itali, firma sama yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan beberapa buah jentera Eropah berprestasi tinggi, selain mendapat input daripada Suter Racing dari Switzerland.

Mitt 775R ini dilengkapi dengan enjin parallel-twin 730 cc sejukan cecair menghasilkan kuasa 80 hp @ 8,000 rpm dan 71.9 Nm @ 6,900 rpm.

Kelajuan maksimum? 201 km/j.

Jentera ini menggunakan kerangka aluminium tuang yang disokong oleh sistem suspensi boleh laras Showa, lengan ayun single-sided, sistem brek Brembo dengan rotor berkembar di depan, tayar Michelin Power dan sistem ABS Bosch.

Ciri lain termasuklah skrin paparan TFT lima inci yang turut menyokong fungsi navigasi dan sambungan kepada peranti pintar, sistem pemantauan tekanan tayar, sistem mula tanpa kunci dan port pengecasan USB.

Difahamkan, Mitt 775R ini akan dijual pada harga €7,495 (RM36,040), jauh lebih murah berbanding pesaing dari jenama Jepun dan Eropah.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here