CFMoto beri bayangan bakal keluarkan sportbike dengan konsep enjin V4 (209.2hp)

81

Jenama motosikal China, CFMoto bakal menumpukan perhatian pada pasaran superbike berkapasiti lebih besar. 

Syarikat Hangzhou itu mempamerkan enjin V4 90 darjah baharu dan sportbike konsep  yang dikenali sebagai V.04 Master of Speed di Pameran Motor Milan (EICMA), baru-baru ini. 



Dipamerkan dalam kotak lutsinar di samping motosikal konsep, ia menampilkan potongan keratan lintang (cross-section) untuk mendedahkan beberapa kerja dalaman.

Belum banyak yang diketahui tentang enjin atau motosikal konsep itu, tetapi menerusi plak maklumat kecil mengesahkan ia memiliki kuasa 209.2bhp @ 14,500rpm dan tork 114Nm @ 12,500rpm.

Angka ini nampaknya bakal ‘mengganggu’ pasaran motosikal Eropah dan Jepun. Turut dinyatakan, ia memiliki berat kering 61.5kg iaitu lebih 7.1kg daripada enjin Ducati V2 baharu yang digunakan pada Panigale V2 dan Streetfighter V2. 

Selain itu, motor itu juga menampilkan aci engkol putaran berlawanan iaitu teknologi yang diambil daripada perlumbaan MotoGP.

Ia mengurangkan kesan giroskopik engkol dan pusingan roda yang meningkatkan keupayaan motor untuk membelok sekaligus membolehkan masa pusingan yang pantas.

Janakuasa dan motor konsep itu nampaknya masih jauh dari realiti.

Sama seperti motosikal sport moden, ia menampilkan sepasang sayap depan yang besar untuk kestabilan kelajuan tinggi (kemungkinan bakal dikecilkan bagi versi pengeluaran), ditambah dengan pelana tunggal dan kerja badan aero bawah yang menonjol.

Di bahagian belakang terdapat sepasang ekzos Akrapovic dan fairing depan menampilkan corak pencahayaan LED. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here