Gaduh gara-gara ekzos bising

1555

Ketidakpuasan hati susulan bunyi bising ekzos motosikal dipercayai menjadi motif pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di kawasan padang Taman Muhibbah, Sungai Siput yang video mengenainya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata, satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira 6.25 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam individu termasuk remaja, berusia antara 16 hingga 19 tahun.



“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal,” katanyaa.

Menurutnya, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketika dihubungi, Mohd Khaizam berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat namun akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik kertas siasatan mengenainya selesai selain keterangan semua saksi kejadian diambil.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang kelak dapat mengganggu siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here