Dihampiri motor Yamaha Y15 tanpa nombor plat, wanita rugi RM2,500 diragut

342

Seorang wanita kerugian RM2,500 selepas gelang emasnya diragut dalam kejadian di depan Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa berusia 37 tahun sedang menaiki motosikal bersama anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke arah bandar raya dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna biru gelap tanpa nombor pendaftaran.



Katanya, suspek kemudiannya terus meragut gelang emas yang dipakai di sebelah tangan kanan mangsa.

“Mangsa cuba mengejar penunggang motosikal yang meragutnya namun gagal.

“Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang dialami oleh mangsa dan anak lelakinya,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dan kes disasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Justeru, Mohd. Iqbal meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Afandi Ahmad ditalian 03-55202222.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here