#Spyshot: Dikesan jalani ujian enduran di Jepun, India bakal lancar Honda Elevate 6 Jun

357

Honda bakal memperkenalkan SUV saiz pertengahan yang digelar sebagai Elevate pada 6 Jun depan.

Dikatakan sebagai salah satu produk penting buat Honda, Elevate kini sedang diuji di India dan Jepun sebelum pelancaran. 



Terkini, muncul imej intip baharu di Jepun yang dikongsi di Twitter. SUV itu ditutupi dengan kamouflaj nipis.

Menerusi imej itu boleh dilihat bahagian bonet yang tinggi lalu dipadankan dengan garisan bumbung rata. Bentuk belakang yang sedikit kecil dicantum kemas dengan spoiler bumbung dan cermin kaca yang sedikit condong.

Rekaan lampu belakang pula mirip dengan Honda WR-V baharu yang dijual di Indonesia dan pasaran lain. 

Lampu belakang WR-V

Reka bentuk rim aloi sama yang digunakan Honda City. Kemungkinan rim Elevate bakal menerima kemasan hitam berkilat pada varian tertinggi dan warna perak buat versi standard.

Pada imej intip itu juga mengesahkan Elevate akan menerima ciri keselamatan ADAS dan set kamera 360 darjah yang boleh dilihat pada cermin sisi.

Elevate akan dilengkapi dengan enjin Honda City 1.5 liter petrol yang menjana kuasa 121hp dan tork 145Nm. Kotak gear pula didatangkan dengan manual 6-kelajuan dan CVT automatik.

Manakala trenkuasa hibrid pula dikatakan bakal diperkenalkan kemudian. Penghantaran Honda Elevate di pasaran India dikatakan hujung Ogos.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here