Perodua bakal keluar SUV (D66B) segmen-B tahun depan?

12337

Baru-baru ini kecoh di media sosial tersebarnya SUV baharu Perodua sedang menjalani ujian enduran. 

Imej intip unit prototaip Perodua D66B itu dikongsi oleh akaun Instagram Theophilus Chin. Seperti mana kita tahu, Theottle merupakan pakar manipulasi digital model baharu yang bakal lancar di Malaysia, ada kemungkinan imej itu hanyalah suntingan.



Ini kerana pengurusan Perodua begitu menjaga rahsia maklumat model-model baharu dan mustahil untuk melihat SUV itu menjalani ujian di jalan raya awam.

PERODUA NEXIS 

Lakaran imej bayangan oleh akaun Instagram @idiyaz.cg

Perodua D66B diletakkan dalam kategori SUV segmen-B di atas Perodua Ativa. Buat masa ini, model berkenaan digelar sebagai Perodua Nexis.

Ini kerana pada 29 April 2022, Perodua mendaftarkan dua nama baharu iaitu Traz dan Nexis di bawah kelas 12 melibatkan kelas kenderaan, automobil dan komponen kenderaan serta lain-lain. 

Namun, nama Nexis bukanlah nama yang disahkan. SUV itu bakal menggunakan platform  DNGA-B yang boleh ditemui pada Perodua Alza.

MASIH BELUM MULA LATIHAN PRODUK 

Buat masa ini, tiada maklumat berkaitan produk baharu berkenaan. Bagaimanapun, menurut sumber dipercayai, SUV itu akan dipasang di Perodua Manufacturing Sdn Bhd iaitu barisan sama yang mengeluarkan Perodua Alza.

Dikatakan SUV tersebut dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L dan hibrid. Kedua-dua janakuasa itu bakal menggunakan  transmisi D-CVT.

Difahamkan, latihan produk SUV tersebut dalam kalangan kakitangan pengeluaran ditangguhkan. Ini mungkin kerana pihak Perodua ‘mengejar’ volum bagi melunaskan tempahan yang masih tertunggak. 

Jelas sumber, SUV berkenaan dipercayai bakal lancar tahun depan. 

*Imej bayangan Perodua Nexis lakaran Idiyaz Baharuddin

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here