[Video] Cristiano Ronaldo dilihat pandu Bugatti Centodieci, hanya 10 unit di dunia

922

Hanya 10 unit dikeluarkan, tentunya salah seorang pemilik Bugatti Centodieci adalah Cristiano Ronaldo.

Khabar angin sebelum ini yang menyatakan pemain bola sepak Al-Nassr itu membeli hypercar berkenaan akhirnya terjawab.



Ronaldo dilihat memandu Centodieci berwarna putih mutiara di Madrid. Satu video menunjukkan bintang Portugal itu berada di luar restoran dan dikongsi akaun Instagram Albert Muncha. Bahagian dalam hypercar itu berwarna hitam dan merah. 

Bugatti Centodieci menggunakan enjin 8.0 liter W16 yang menghasilkan kuasa 1,578hp dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.4 saat dengan kelajuan maksimum  380kmj.

Jualan harga hypercar itu bermula dari euro 8 juta (RM36.97 juta) dan memasuki barisan pengeluaran suku pertama tahun lalu selepas selesai menjalani ujian enduran 50,000km.

Bugatti Centodieci disertakan dengan reka bentuk luaran yang mengingatkan tentang Bugatti EB110 keluaran tahun 1990-an. Bahagian luar yang unik ini menjadikan penampilan Bugatti Centodieci sangat berbeza jika dibandingkan dengan model Chiron.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Alber Muncha (@alberam17)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here