Cristiano Ronaldo ponteng sesi latihan untuk pergi beli Ferrari

1599

Cristiano Ronaldo kini menghadapi kemarahan peminat Juventus kerena tidak menjalani latihan untuk mengunjungi kilang Ferrari di Maranello.

ronaldo ferrari

Pemain kelahiran Portugal berusia 36 tahun itu membuat keputusan untuk tidak hadir ke sesi latihan pada Isnin lalu selepas Juventus kalah 3-0 menentang AC Milan. Berikutan kekalahan itu, Juventus berkemungkinan besar tidak layak ke Liga Juara-juara pada musim hadapan.



Pasukan kendalian Andrea Pirlo itu kini berada di kedudukan ke-5 dalam Serie-A, dengan baki hanya tiga perlawanan.

Bukannya hadir ke sesi latihan menjelang perlawanan menentang Sassuolo pada Rabu ini, sebaliknya Ronaldo hadir di Maranello yang merupakan ibu pejabat pasukan Ferrari Formula 1.

Di sana, dia ditemani oleh pengerusi kelab, Andrea Agnelli dan sepupunya yang berusia 45 tahun iaitu John Elkann, yang merupakan CEO Exor dan Ferrari.

Exor merupakan syarikat yang dikendalikan oleh keluarga Agnelli, dimana keluarga ini juga mengendalikan pasukan Juventus dan Ferrari.

ronaldo ferrari
Ferrari Monza SP2

Semasa berada di HQ Ferrari, Ronaldo sempat bergambar dengan pemandu Formula 1, Charles Leclerc dan Carlos Sainz, dan memberikan baju Juventus yang telah ditandatangan olehnya.

Menurut Corriere della Sera, Ronaldo menambah koleksi keretanya dengan membeli Ferrari Monza SP2 yang bernilai £1.4 juta (RM8.1 juta).

Supercar milik Ronaldo itu adalah yang terbaru dalam koleksinya termasuk Bugatti Centodieci bernilai £8.5j (RM49.56 juta) serta Bugatti Chiron dan Veyron. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here