Sepanyol kuatkuasa had laju 30km/j di 70 peratus jalan

1114

Kerajaan Sepanyol menguatkuasakan peraturan had laju maksimum 30km/j di jalan-jalan di kawasan bandar, di seluruh negara itu minggu ini.

had laju sepanyol

Menurut anggaran pihak berkuasa trafik nasional, peraturan baharu itu melibatkan antara 60 hingga 70 peratus jalan raya di Sepanyol.



Langkah tersebut dilaksanakan selepas satu dekri diraja mengenainya diluluskan oleh kerajaan pusat di Sepanyol pada November tahun lalu.

Ia melibatkan jalan raya dua lorong arah kedua-dua hala. Jalan yang mempunyai kaki lima pada ketinggian sama akan mempunyai had laju 20km/j sahaja.

Kelajuan untuk jalan raya yang mempunyai dua atau lebih lorong pada satu hala pula ditetapkan sebanyak 50km/j.

Langkah drastik itu dilaksanakan bagi mengurangkan bilangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Sepanyol. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here